Thursday, November 17, 2011

Tips jaga hati wanita ~


1. Bila anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda
 lakukan perkara lain dan peluklah dia.


2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda
sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.


3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.


4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan
sifat memahami anda.


5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia 
memintanya selama setengah jam setiap hari.


6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa
 lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.


7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan
 menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang 
dia hendak buat.


8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk
 memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.


9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa
parasnya.


10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.


11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.


12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam 
kabut membuat persediaan.


13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan
 beritahu dia tentang hal itu.


14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu
 perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah
 kerana bertanya.


15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya ‘Saya kasihan awak tersinggung’. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.


16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.


17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.


18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.


19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.


20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

Tentang wanita! =)


1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.

Tuesday, November 15, 2011

layan lagu ni best jugak ptg2 ni. DISAATKU MENCINTAIMU..

arini hujan je dari tghari tadi.. puas aku tido.. zzzz!
haha esok final engineering mathematics lak , due paper dah lepas..
alhamdulillah.. sok n luse je tggal paper final utk sem ni..
go Amirah , fighty2.. ^_^
ari khamis merdeka lah aku.. hehe xsabarnye nak rileks kan kpale..
dah due ari tido lmbt je ni.. huhu xpe , semangat exam!
doakan saya utk due paper je lagi..
wish me luck! ~

Thursday, October 27, 2011

Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti 
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Wallahua'lam

Friday, June 10, 2011

tentang anda yang bernama PEREMPUAN..!

Adakah seorang perempuan cukup tahu apa yang berkaitan dengan diri mereka.?. Apa yang ada pada tubuh mereka, apa yang berlaku pada tubuh mereka.? Mungkinkah mereka ada terlepas pandangan kepada beberapa perkara.?



Dan entri ini aku bawakan beberapa point yang berkaitan perempuan yang aku beranggapan mungkin ramai perempuan yang tidak tahu berbanding perempuan yang tahu.
Dan semestinya entri ini juga sesuai di baca oleh orang lelaki (yang sudah cukup umur) sebagai pengetahuan.


Nota: Entri ini sesuai dibaca oleh mereka yang berumur 18tahun ke atas. Boleh dikatakan entri berkaitan pelajaran seks, tetapi tidak diceritakan secara terus.


Berikut beberapa point yang aku pikirkan.

1. Darah Istihadah

Darah istihadah adalah darah yang keluar dari rahim wanita yang tidak termasuk dalam darah haid atau nifas. Darah istihadah keluar tidak mengira masa, dan orang yang mengalami sendiri tidak mengetahui bilakah darah itu akan keluar, tidak seperti darah haid yang ada kitaran tertentu.

Boleh dikatakan darah istihadah ini adalah darah penyakit. Aku tak tahu ramai atau tidak perempuan yang mengalami masalah ni, sebab takkan aku hendak tanya pula kan.ha3.:)
Dan untuk bacaan lanjut berkaitan darah istihadah ini, boleh baca dari link ini, Apa itu Istihadah?, atau boleh google, dan jika hendak lebih jelas penerangan, boleh tanya ustaz atau ustazah.:)


2. Selaput dara.

Selaput dara rasanya semua orang boleh bayangkan yang ia adalah satu lapisan nipis seperti lapisan kulit bawang yang berada di dalam faraj wanita. Tetapi adakah anda(perempuan) tahu yang terdapat beberapa jenis selaput dara.?

Rasanya tak perlu aku letak gambar kat sini, sebab aku rasa malu..ha3.. Tetapi anda boleh meneruskan bacaan jenis selaput dara ini dari link yang aku jumpa ini. BENTUK BENTUK SELAPUT DARA


3. G-Spot

Sebelum tu, cerita pasal sejarah sikit, G-Spot ini dikaji oleh Grafenberg. So, G kat depan tu sempena nama dia.:). G-Spot adalah satu titik rangsangan yang berada dalam dalam faraj wanita. G-Spot ini boleh la kalau aku katakan ianya melibatkan kepuasan seksual wanita.



Untuk bacaan berkaitan G-spot ini, boleh je rujuk wiki, http://en.wikipedia.org/wiki/G-Spot ataupun video pengetahuan yang banyak anda boleh pelajari di youtube.


BONUS.
Pancutan.

Lelaki kalau klimaks, secara normalnya akan mengalami pancutan. Boleh dikatakan kesemua lelaki. Dan untuk perempuan, ada juga sesetengah perempuan yang akan mengalami pancutan apabila mereka mencapai tahap klimaks.

Dan dari apa yang aku tahu, hanya sedikit sahaja perempuan yang boleh mengalami pancutan. Percentage tu aku sudah tidak ingat berapa. Tetapi bagi perempuan yang boleh mengalami keadaan 'pancutan', ia adalah satu anugerah..


------------------------------------------

Habis sudah pelajaran untuk orang yang berusia 18tahun ke atas.ha3. Aku sebenarnya tidak pasti perempuan tahu tak, tapi aku rasa mungkin ramai yang tidak tahu tentang point² di atas sebelum ini. Kalau aku salah sila bagitahu.:)

Ok, itu tentang hal perempuan. Ada korang tertanya bagaimana aku ni seorang lelaki boleh tahu.? jawapannya, membaca jambatan ilmu..:). Tentang hal lelaki yang aku tak tahu.? memang la aku tak tahu.:)

Eh, satu lagi..Kalau sebut Permata Yang Hilang, perempuan konfirm akan terpinga-pinga. Kalau lelaki mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang tidak tahu. Kalau hendak tahu cari sendiri, dan peringatan, ianya untuk bacaan dewasa dan lagi sesuai bagi sesiapa yang akan melangsungkan perkahwinan.:)


p/s: Entri ini boleh dimasukkan dalam kategori rahsia wanita ke.?.Tapi sekarang sudah tidak rahsia lagi.:)